Rabu, 11 Julai 2012




SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
( MALAYSIA BOOK OF RECORDS )

Hari ini saja-saja layan aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dibuat serentak di seluruh Malaysia. Dah kena mestikan turut serta jadi mahu tak mahu terpaksa juga turun padang. Janji dah pijak rumput padang dah kira sahlah tu. Baru tahu yang senamrobik pagi tadi adalah yang terbesar pernah dibuat dan turut dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’. Disertai lebih kurang 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara.Di tempat kami, semua pelajar, guru dan staf sokongan ambil bahagian. Ditambah dengan beberapa orang pekerja swasta yang turut bagi sokongan, jadi ada jugalah lebih 500 orang yang menyertai senamrobik tadi.Part ni yang paling best. Selepas senamrobik budak-budak semua duduk berehat sambil minum air kotak 1Malaysia.Ada peluang tangkap gambar ramai-ramai macam ni bolehlah tumpang promosi. 















 hehhehe try cari mana satu GURU BESAR ......

























Okey, sedikit sebanyak siaplah laporan Senamrobik 1Murid1Sukan 1Malaysia dari SK.SERI BANDI.
" 1MURID 1SUKAN ,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA "