Khamis, 18 November 2010

GAMBAR MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR





Seterusnya »

Rabu, 17 November 2010

MAJLIS PERSARAAN TUAN RANI BIN AWANG

Pada 16 November 2010,Isnin.Warga SKSB telah mengadakan satu majlis yang gilang gemilang bagi memperingati segala jasa-jasa Tuan Rani Bin Awang selaku guru besar di SKSB.Dengan persaraan beliau amat bermakna dan mendukacitakan namun kami sebagai warga SKSB menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun terlalu berat untuk kami melepaskan pemergian beliau dari SKSB ini.Beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada 24 November 2010 nanti.Majlis itu berlansung dengan jaya sekali,dengan kehadiran jemputan-jemputan terhormat.Pada hari itu,beliau telah diperlakukan sebagai seorang raja dengan berbaju pengantin yang berwarna kuning keemasan dan diarak seluruh sekolah dengan dikelilingi pelajar-pelajar SKSB.Selain itu juga,kami telah dihidangkan Nasi Briyani di buat oleh mak ngah kantin...best sgt2 rugi siapa tidak hadir tau...pada hari itu juga kami dihidangkan dengan sebuah syair yang indah lagi syahdu oelh penyair terbaik sekolah mahupun kebangsaan tiada org lain lagi melainkan Ustaz Mazlan b.Awang @ lebih dikenali ustaz Lang. menyentuh hati r bak kate org...best sangat...ha' tidak lupa juga dengan gimik yang dilakonkan oleh pasangan anak beranak cikgu SKSB ini tau...siap jadi James Bond lagi..idea kreatif ini pula dilahirkan oleh cikgu Azam kita..semua penonton terpegun melihat gimik untuk pelancaran BUKU RENCAH SKSB 2010..erm acara terakhir pula acara pembahagian cenderahati daripada wakil pekerja swsta,pengawal keselamatan,wakil dari kelas2 pelajar,kakitangan pejabat,Pra sekolah,wakil dari Panitia-panitia dan wakil individu....kalau diikutkan memang majlis ini amat meriah dan sangat menarik perhatian...SYABAS kepada Smua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR KE MAJLIS KAMI DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT...SEGALA KELEMAHAN ADALAH DARI PIHAK KAMI...SALAM SATU MALAYSIA..KAMI SAYANG CIKGU RANI...SEMOGA SEGALA KENANGAN SENTIASA TERPAHAT DIHATI CIKGU .
Seterusnya »