Ahad, 20 November 2011

Murid SK Seri Bandi Pelajar Terbaik UPKK Seluruh Negara


Murid SK Seri Bandi Pelajar Terbaik UPKK Seluruh Negara


Seorang lagi pelajar anak Terengganu, Nurul Nadiah Wahidah Azhar, 12, dari Seri Bandi, Kemaman, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2010, yang diumumkan baru-baru ini.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Seri Bandi itu mendapat kelulusan seratus peratus bagi semua lapan mata pelajaran peperiksaan UPKK yang didudukinya pada bulan Oktober tahun lalu.

Dia yang mendapat markah 800/800 dalam UPKK menerima anugerah tersebut pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berikutan kejayaan itu Nurul Nadiah yang bercita-cita mahu menjadi guru, menerima wang tunai RM1,500, plak dan sijil penghargaan.

Menurut bapanya, Azhar Ahmad, 40, anaknya bukan saja mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Kafa tetapi dia sentiasa mendapat nombor satu dalam peperiksaan di sekolahnya sejak dari Tahun Satu.

“Alhamdulillah, Nurul Nadiah mendapat 5 A dalam setiap kali peperiksaan diadakan di sekolah,” kata bapa kepada lima anak itu kepada Teganukita ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Puan Nazirah Salleh, 36, berkata Nurul Nadiah yang merupakan anak sulungnya, gemar belajar dan mengaji sejak kecil lagi dan dia sudah khatam al-Quran sebanyak empat kali.

“Dia belajar tuisyen di sekolah manakala bapanya turut mengajar Nurul Nadiah di rumah jika ada masa lapang,” katanya .Selain itu juga adik Nurul Nadiah merupakan salah seorang calon UPSR yang mendapat 5A pada keputusan UPSR 2011 baru-baru ini.
TAHNIAH ADIK NURUL NADIAH WAHIDAH.....
Seterusnya »

MAJLIS PEMBAHAGIAN EBOOK TAHUN 4 & 5 2011







Seperti tahun2 yang lepas YB.Dato' Seri Ahmad bin Said telah menyumbangkan mini laptop atau lebih dikenali buku elektronik (e - Book) kepada pelajar tahun 5 tetapi pada tahun ini Dato' Seri berbesar hati telah menyumbangkan kepada semua pelajar tahun 5 dan tahun 4 dalam satu tahun.Pada awal tahun 2011 iaitu pada bulan Febuari yang lalu Dato'seri telah menyumbangkan e-Book kepada pelajar tahun 5 2011 bertempat di SEKOLAH KEBANGSAAN KIJAL,KEMAMAN.Seramai 72 orang pelajar SKSB yang layak menerima eBook pada majlis tersebut.Manakala Pembahagian peringkat ke-2 2011 pula diadakan di SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANDI 2,kali ini eBook ini diberikan kepada pelajar tahun 4 2011 dan seramai 83 orang pelajar SKSB yang layak menerima eBook tersebut.Ramai yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis tersebut antaranya JKKK ( Dun Kijal ),YDP SEKOLAH,PIBG SEKOLAH,GPK & GURU2 BESAR SEKOLAH,SEMUA GURU dan paling ketara semua EIO sekolah di bawah DUN KIJAL ( SK.KIJAL,SK.BUKIT ANAK DARA,SK.MERAGA BERIS,SK.IBOK,SK.BUKIT KUANG,SK.TELUK KALONG,SK.PAYOH,SK.PADANG KUBU SK.SERIBANDI 2 DAN SK.SERIBANDI tidak lupa juga SMK KIJAL & SMK SERIBANDI).Pelbagai acara yang dirancang utnuk memastikan majlis itu berjalan lancar,antaranya Persembahan tarian Selamat Datang dari pelajar SKSB,Gimik perasmian eBook,Bacaan Al-Quran menggunakan ebook dari pelajar SK.PAYOH dan banyak lagi..
***TERIMA KASIH DATO' SERI AHMAD BIN SAID ***

Seterusnya »


MAKLUMAN MESYURAT PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2012

1 - MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH - 27/12/2011 JAM 9.00 PAGI
2 - MESYUARAT PENGURUSAN KURUKULUM - 28/12/2011 JAM 9.00 PAGI
3 - MESYUARAT PENGURUSAN HEM /KOKURIKULUM - 29/12/2011 JAM 9.00 PAGI
4 - PENDAFTARAN PELAJAR - 01/01/2012 JAM 9.00 PAGI

**** DIHARAP SEMUA GURU2 WARGA SK.SERI BANDI DAPAT MENGHADIRKAN DIRI MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN ****

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA & MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG
salam 1Malaysia.
Seterusnya »

Sabtu, 19 November 2011

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT DAERAH

TAHNIAH KEPADA MOHD FAKHRUL AIMAN BIN MAZLAN kerana telah berjaya merangkul tempat ke 2 dalam pertandingan PIDATO peringkat Daerah Kemaman.Sumbangan beliau amat bermakna dan sekali gus menaikkan nama baik sekolah ini..Beliau juga bakal bertanding Bercerita Rakyat mewakili TERENGGANU pada akhir tahun ini.Dengan ini kami wakil dari SKSB mendoakan agar beliau berjaya merangkul tempat PERTAMA dalam pertandingan itu.Insya'Allah berkat doa dan kerja keras guru2 yang ikhlas menyiapkan Prop bercerita untuk AIMAN kejayaan akan menjadi milik SKSB.
Seterusnya »

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH..!!!

TAHNIAH kepada semua pelajar2 tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011.Seramai 7 orang pelajar berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam semua subjek,manakala 5 orang berjaya mendapat 4A 1B masing-masing B dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.Selebihnya pelajar2 juga mendapat keputusan yang membanggakan sekolah.Apa pun SYABAS kepada semua yang berjaya,namun yang GAGAL tidak bermakna GAGAL selamanya...Insya'Allah UPSR 2012 dalam tangan kami...Aminnnn..Saya berharap kegagalan pelajar dalam mencapai keputusan cemerlang itu ibu bapa atau guru tidak salahkan 100% disebabkan ebook.Itu adalah atas usaha semua." jangan hanya melihat keburukan tapi lihat lah kebaikan disebalik nya "...
USAHA TANGGA KEJAYAAN>>> apapun TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PELAJAR TAHUN 6 SKSB 2011
Seterusnya »

Rabu, 24 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA





~ Semoga kehadiran Kad ini dapat menjadi penganti diri untuk memohon kemaafan daripada segala kesilapan yang telah dilakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja..MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI WARGA SK.SERI BANDI KEMAMAN(TBA 2037)~1RAYA 1MERDEKA 1SKSB
Seterusnya »

m@jlis Persaraan GuruBesar ~ En.Hamzah Ahmad





Majlis pada 31 Julai 2011:Tempat Dewan Mulia Sk Seri Bandi.

Seterusnya »

Isnin, 18 Julai 2011

SALAM KEMBALI DARI SK.SERI BANDI

Selamat Hari Isnin semua....sorry lah lama tidak up to date blog ini.apepun hayatilah mutiara kata dari saya :-

1-Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
2-Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
3-Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
4-Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
Seterusnya »

Isnin, 24 Januari 2011

Program As-Syura SKSB 2011

Seterusnya »

Aktiviti Di Program As Syura SKSB 2011





Pada program membuat syura baru-baru ini,pihak sekolah juga telah mengadakan beberapa aktiviti kepada pelajar-pelajar agar mereka semua lebih memahami apa Pengertian dan Manfaat sambutan As Syura.

Pada majlis itu pihak sekolah ada menjemput ustaz untuk memberikan ceramah tentang bulan Menyambut As Syura ini kepada pelajar tahap 1 & 2,manakala pertandingan mewarna juga turu memeriahkan lagi program kami itu.
Selain mendapat ilmu para pelajar juga dapat berseronok buat seketika,tidak lupa para pelajar juga dapat agihan syura yang telah di siap di bungkus oleh guru-guru SKSB.

Semoga Majlis yang dilakukan ini mendapat keredhaan dan manfaat kepada kita semua.Amin.
Seterusnya »

Ahad, 23 Januari 2011

Majlis Membuat Syura Peringkat SKSB 2011










Alhamdullilah...walaupun bulan awal muharram telah berakhir namun pihak sekolah tidak ketinggalan untuk melaksanakan program as-syura yang telah berjaya dilangsungkan pada 11 Januari 2011.Walaupun keadaan masih kelam kabut dengan kemasukan dan pertukaran pelajar namun dengan kesungguhan guru-guru dan kaki tanagan sekolah majlis itu berjalan dengan amat lancar...begitulah teguh ikatan pihak sekolah ini yg boelh dianggap macam satu keluarga apabial melakukan sesuatu program.Tahniah semua Guru-guru,pekerja-pekerja,Mok cik Bedah @ Che ngoh SMK.Seri Bandi kerana telah mendermakan resepi syura yang best itu...( Tahun depan boleh tempah lagi..hehehee..)ermmmm tidak lupa juga ahli PIBG juga turut hadir dalam menjayakan majlis itu..hurmmmm..best sangat..
Dalam program assyura itu SKSB telah menyediakan lima(5) kawah untuk menghasilkan syura..Syura syura itu akan di agihkan kepada semua pelajar,guru-guru,kakitangan dan PIBG sekolah.

SEMOGA TAHUN DEPAN PIHAK SKSB DAPAT MENGANJURKAN PROGRAM AS SYURA SEPERTI INI LAGI...AMIN..KITA HANYA MERANCANG & TUHAN YANG MENENTUKAN..
LOVE ISLAM...
Seterusnya »