Selasa, 18 Disember 2012


KEPUTUSAN UPSR 2012

Seperti yang sedia maklum pada 19.11.2012 baru ini keputusan UPSR Terengganu tahun ini jatuh sedikit namun tidak mengapa semoga dengan kejatuhan ini membuat semangat guru-guru dan pelajar lebih membara untuk mengungguli UPSR pada tahun 2013 nanti.Apappun TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat 5A manakala yang tidak berjaya ,janganlah kamu berputus asa .Usahalah kerana perjuangan anda masih panjang.
Berikut adalah keputusan yang berjaya di raih oleh pelajar tahun 6 2012 dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini:-

KEPUTUSAN 5A
  1. NUR AINA IZZATI BINTI AHMAD FAISAL
  2. NUR HAZIQAH BINTI HAMDAN
  3. NUR NAJIHA BINTI MAHMUD
  4. NURUL AINA BINTI HANAFE
  5. UMI NAJIHAH BITNI ALIAS
KEPUTUSAN 4A
  1. MUHAMMAD ABID NAJMUDIN BIN AZHAR ( 4A 1C )
  2. MUHAMMAD IQHWAN BIN MOHAMAD ( 4A 1B )
  3. NOR AIN WAHIDA BINTI ZAKARIA ( 4A 1B )
  4. NUR FATIN FAKHIRA BINTI ALI ( 4A 1B )
  5. NUR SYUHADA BINTI MOHD YATIM ( 4A 1B )
  6. SAPTIAWAN BIN SAPTARI HERU SETIAWAN ( 4A 1B )
  7. SITI NOR ADILAH BINTI KHALIL ( 4A 1B )

Seterusnya »

Ahad, 23 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Yang Meriah

Salam 1Malaysia....
Walaupun Hari Raya Aidil Fitri sudah lama berlalu namun bahang kemeriahannya masih bermain di ingatan kita semua.Begitu juga dengan warga SK.Seri Bandi yang baru sahaja selesai membuat Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada 18 September 2012 yang lalu.Biasalah Walaupun Majlis nya kecil tapi Kemeriahannya jelas kelihatan apabila pentadbir sekolah,guru-guru,kakitangan pejabat,pekerja swasta dan guru kafa memberi sumbangan tenaga yang tiada tolak bandingnya.Berkat kerjasama dan tolenrasi warga SKSB ini membuktikan bahawa sifat kekeluargaan jelas di hati kami semua.Di sini kami warga SK.SERI BANDI ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar comel untuk tontonan umum...hehhehehe :)
guru-guru &kakitangan bakar sate

meriahnya murid-murid SKSB

pelbagai kuih di sediakan

antara tetamu yg hadir

tetamu yang hadir

guru-guru

bekas guru& guru besar SKSB

wajah ceria Warga SKSB

Karaoke time

tetamu yang hadir


antara pemenang pakaian tercantik

keceriaan terserlah..hehehehe


"" MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2012 SK.SERI BANDI "
Seterusnya »

Selasa, 28 Ogos 2012



TEMA MERDEKA 55 " JANJI DI TEPATI "






“Janji Ditepati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.
Seterusnya »

Selasa, 17 Julai 2012







SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
DARI KAMI WARGA SK.SERI BANDI.......






Seterusnya »




CUTI SEMPENA SUKMA 2012..
AHAD : 22 JULAI 2012

TERIMA KASIH DATO' SERI AHMAD BIN SAID




Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan Ahad ini, 22 Julai 2012, sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan kontinjen negeri itu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, malam tadi.

Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pasukan itu di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB. Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Kira-kira 5,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu yang turut menyaksikan para atlit dan pegawai skuad Hanelang diarak di sekitar daerah itu bermula dari sempadan Terengganu-Pahang. 


Seterusnya »



TEMASYA SUKAN SKSB 2012

TARIKH : 27 JUN 2012 ( RABU )
TEMPAT : PADANG SK.SERI BANDI

Seperti tahun-tahun lepas,sekolah telah mengadakan temasya sukan untuk memberi semangat kesukanan kepada para murid sekolah.Oleh itu,pihak sekolah telah menyahut seruan kerajaan itu dengan jayanya telah mengadakan Temasya Sukan 2012.Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan bagi meningkatkan semangat para murid dalm saingan sukan.Antara rumah-rumah sukan itu adalah KUNING,MERAH,BIRU dan HIJAU.Masing-masing bersemangat sewaktu temasya dijalankan bagi merebut JUARA KESELURUHAN 2012.Ternyata rumah KUNING tetap mengungguli pada tahun ini dengan menjadi JUARA,diikuti pula dengan rumah MERAH,BIRU dan HIJAU.TAHNIAH KEPADA RUMAH KUNING.





Seterusnya »

Rabu, 11 Julai 2012





MAJLIS PERPISAHAN GPK KO-KURIKULUM
PN SAUDAH BT CHE MUDA...
BERTUKAR KE SK.BUKIT KUANG MENJADI PK PETANG.

SALAM PERPISAHAN....
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,sudah menjadi lumrah manusia.Walaupun pahit namun tetap kami terima dengan redha,semoga pertukaran ini dapat memberi semangat baru kepada Pn.Saudah Bt Che Muda atau lebih dikenali Kak Dah dalam menjalankan tugas beliau.Segala jasa dan kerjasama Kak dah berikan amat berjasa kepada sekolah dan kami pihak sekolah dalam arena sukan.Kak Dah ini seorang yang pendiam tapi " Diam -diam  ubi berisi" tidak bermakna diam itu tanda boleh membuat kerja suka hati pula.Dalam kerja Kak Dah memang seorang yang tegas dan teliti.Setiap kerja kena kemas dan kelihatan kemas selalu.Tapi bila luar dari kerja kak Dah ini boleh di bawa bergurau tau...Tidaklah serius mana pun.Cuma kerja hendaklah kemas dan tepat masa.Apapun jasa Kak Dah amat bererti bagi kami.









  

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DITEMPAT BARU "
Seterusnya »



SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
( MALAYSIA BOOK OF RECORDS )

Hari ini saja-saja layan aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dibuat serentak di seluruh Malaysia. Dah kena mestikan turut serta jadi mahu tak mahu terpaksa juga turun padang. Janji dah pijak rumput padang dah kira sahlah tu. Baru tahu yang senamrobik pagi tadi adalah yang terbesar pernah dibuat dan turut dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’. Disertai lebih kurang 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara.Di tempat kami, semua pelajar, guru dan staf sokongan ambil bahagian. Ditambah dengan beberapa orang pekerja swasta yang turut bagi sokongan, jadi ada jugalah lebih 500 orang yang menyertai senamrobik tadi.Part ni yang paling best. Selepas senamrobik budak-budak semua duduk berehat sambil minum air kotak 1Malaysia.Ada peluang tangkap gambar ramai-ramai macam ni bolehlah tumpang promosi. 















 hehhehe try cari mana satu GURU BESAR ......

























Okey, sedikit sebanyak siaplah laporan Senamrobik 1Murid1Sukan 1Malaysia dari SK.SERI BANDI.
" 1MURID 1SUKAN ,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA "
Seterusnya »