Rabu, 15 Julai 2015

Keluarga SKSB



Seterusnya »

Khamis, 18 Jun 2015

Majlis Setulus Budi Kekal Abadi

" Dengan ini berakhirlah tugas En Abdul Aziz sebagai PAP di SK Seri Bandi. Semoga saat2 indah, suka dan duka En Abdul Aziz dapat diabadikan dalam kenangan SKSB yang terindah. Terima Kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Setulus Budi Kekal Abadi "

Seterusnya »

Isnin, 25 Mei 2015

PASUKAN HOKI - JUARA



TAHNIAH!!!
Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan hoki sekolah iaitu              
En Adhamshari bin Aman @ Abdul Halim yang berjaya melatih 
pemain hoki sekolah sehingga menjadi Naib Juara di peringkat daerah.  
2 orang pemain telah terpilih untuk mewakili sekolah dan
 daerah ke peringkat negeri

Di peringkat negeri, pasukan hoki daerah berjaya merangkul gelaran Juara setelah 
berentap dengan pasukan MSSD Kuala Nerus. 

Syabas diucapkan kepada pengurus pasukan dan wakil murid yang terlibat. 
Teruskan usaha, Insya Allah tahun depan kita akan menghantar wakil satu pasukan 
untuk mewakili daerah.
   
PASUKAN HOKI SKSB -NAIB JUARA PERINGKAT DAERAH
  1. NUR AQIRA BALQIS BT MOHD ZUHAIRUL
  2. NUR ALIANI NADIRAH BINTI ABU BAKAR
  3. TN NUR ZAFIRAH BT TN MOHD RAZALI
  4. NUR ANIS NASUHA BT YUSOF
  5. NUR AIDA AFIFAH BT KHALID
  6. NOR HAFAIZZAH BT MUHAMMAD FAUZI
  7. NUR MAISARAH BT MOHD ESLAS
  8. MASTURA BT YAHYA
  9. INSYIRAH

PERLAWANAN AKHIR -MSSD KUALA NERUS DGN MSSD KEMAMAN
JUARA WAKIL DAERAH KEMAMAN
                   
Seterusnya »

Selasa, 19 Mei 2015

Sambutan Hari Guru

~ GURU : MEMBINA ILMU,
MENYEMPURNAKAN AKHLAK ~
" Saya Sayang Cikgu Saya"

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini di sambut secara 
serentak oleh seluruh sekolah di negeri Terengganu iaitu pada 18 Mei 2015 ( Isnin) .
Di kesempatan ini saya wakil dari SK SERI BANDI mengucapkan Selamat Hari Guru kepada 
semua insan yang bergelar Guru di seluruh pelusuk negara. 

Bagi membalas jasa guru yang selama ini banyak bertungkus lumus mengajar dan 
mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berjaya, satu sambutan 
telah diadakan untuk semua peringkat sekolah.

Pada hari tersebut guru-guru diberi kebebasan untuk bersuka ria dan boleh 
menghilangkan rasa letih selama ini .Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 
sedikit kenangan sepanjang majlis sambutan Hari Guru di SK Seri Bandi.

" TERIMA KASIH GURU "

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin oleh semua
Guru, PIBG, Guru KAFA dan AKP 

Perutusan 1 dibaca oleh Pn Guru Besar
Anugerah Cikgu Paling Penyayang-Tn.Romini
menerima sumbangan kek daripada UMNO Dun Kijal
Anugerah Guru Paling Terkenal -Ustz Zawawi
Perutusan ke 2-baca oleh Penolong Kanan 1
Kuiz untuk pelajar-hadiah disumbang oleh GB
Anugerah guru paling kelakar-En.Muliandy
Anugerah guru paling Garang-Pn.Rafidah
Perutusan ke 3-En Rosdi 
menerima sumbangan kek daripada Bank Rakyat Kemaman
Anugerah guru paling Bergaya-En.Azhari
Perutusan ke 3-en Azhari
menerima sumbangan kek daripada Pemuda UMNO Bahgian Kemaman
Perutusan ke 4 dibaca oleh Pn Rafidah
bacaan IKRAR GURU diketuai oleh En.Azhari
Pn Zabidah bersama NATIVE SPEAKER SKSB Mr.Patrick Shelver
Sukaneka Guru dan Kakitangan
Pertukaran hadiah antara guru dan kakitangan



Seterusnya »