.....SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA..... (16.05.2012)
Dengan bertemakan “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” semua guru SK.Seri BANDI telah berjaya mengenakan diri masing-masing pada 16 Mei 2012 baru-baru ini....hehehhehee :)
Apa yang best masa sambutan hari guru baru- baru ini ialah AJK bagi sambutan telah membuat pelbagai acara untuk memeriahkan sambutan tersebut,termasuk lah pertandingan bola sepak bagi guru lelaki dengan murid2,tapi ada syarat nya tau...cikgu-cikgu kena pakai kain batik ketika perlawanan berlangsung..memang "kaw-kaw" lah kena..hahahahhahaa :) manakala semua guru perempuan pula acara bola jaring berkain pelikat dan permainan itu wajib disertai oleh semua guru,kakitangan,guru kafa dan pekerja swasta .Selain itu,pertandingan "layang-layang paling tinggi" juga diadakan .emmmm tidak dilupa pula persembahan mantap dari guru-guru,pelajar dan dif jemputan.walaupun terpapar wajah yang letih dan suram namun Sambutan Hari Guru 2012 pada kali ini amat meriah dan meninggalkan kenangan yang terindah buat warga SK.Seri Bandi.