Selasa, 15 Disember 2009

KARNIVAL PRA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU





Pada 8 Oct 2009 Kemaman telah menjadi tuan rumah bagi satu pertandingan Pra Peringkat Negeri Terengganu.Pertandingan ini melibatakan pelajar -pelajar yang berumur 5-6tahun,pertandingan ini telah berjaya dilangsungkan Di Sekolah Pusat Kemaman selama satu hari.Pertandingan ini dapat dilaksanakna dengan jayanya disebabkan mendapat sambutan daripada ibubapa dan kawasan setempat.Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Tarian & Nyanyian,Tarian,Bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris,Membuat Istana Pasir dan lain-lain.SK.SERI BANDI telah menghantar wakil bagi pertandingan Tarian,dengan berkat usaha dan tunjuk ajar cikgu pra,pembantu pra dan tidak lupa guru tarian sksb cikgu Rosdi sekolah kami telah menjadi johan dari 5 kumpulan yang di pertandingkan.Dengan tidak disangka tarian cilik itu dapat menarik perhatian pengadil.Selain itu SKSB juga telah diberikan tanggungjawab besar untuk menjadi penjaga statistik markah,antara yang terlibat dalam statistik markah ialah cikgu Che Wan Izudin,cikgu Fatimi,cikgu Suhaila dan cik Norizwanie(eio sksb).Tidak lupa juga SKSb diberikan tugas untuk menguruskan semua pendaftaran peserta mengikut acara masing-masing.Antara guru-guru yang terlibat pula ialah cikgu Che Wan Izudin,cikgu Azli,cikgu Raja Abdul Hadi,Cikgu Rosdi,ustaz Zulkhairi,cikgu Fatimi,cikgu Suhaila,cikgu Zuriati,cik Norizwanie (EIO),Cikgu Kamariah(PK HEM),cikgu Saudah(PK KO) dan Cikgu Rani(GURU BESAR).Alhamdullilah majlis itu berjalan dengan lancar dan SKSB telah meraih kemenangan walaupun hanya menyertaia satu acara sahaja.
bak kata orang dahulu kala " MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG NYA " oleh itu jangan lah kita meremehkan bakat yang ada pada sicilik.
Seterusnya »

Isnin, 14 Disember 2009

~ E-Book untuk Pelajar Tahun 5 ~



Pada 16 jun 2009 Menteri Besar Terengganu telah mengagihkan eBook kepada semua pelajar tahun 5 bagi menggantikan buku teks.Semua pelajar tahun 5 gembira dengan bantuan yang diberikan.Sementara itu disetiap sekolah telah ditugas kan Pegawai Teknologi Maklumat @ eio Sekolah bagi memastikan eBook dapat digunakan dengan baik tanpa ada unsur-unsur lucah dan sebagainya.Tujuan Ebook ini di Keluarakan adalah untuk melahirkan pelajar yang celik It maka tersahutlah seruan kerajaan yang menytakan Dunia It untuk semua peringkat mahupun pelajar di sekolah rendah.Selain itu MB Terengganu juga secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada Graduan-graduan dalam bidang ict yang mengganggur..Semoga Projek ini berjalan dengan lancar dan dengan adanya projek ini dapat menaikkan taraf ekonomi negeri Terengganu..
INSYA'ALLAH..
Seterusnya »

PELAJAR YANG BERJAYA DALAM UPSR 5A's 2009

Tahniah!!!! Tahniah!!! Tahniah!!!
syukur alhamdullilah kerana sekali lagi pelajar SKSB berjaya meraih keputusan UPSR 5A's seramai 9 orang kesemuanya..diharap kejayaan ini berterusan sampai bila-bila..AMEEEN..
Apapun jasa guru-guru tahun 6 tidak akan dilupakan,TERIMA KASIH diatas jasamu guru guru SKSB.

MOHAMAD ZAMRI UMAR
MUHD IZZUDIN ZHARIF
NORSHUHADA ABU BAKAR
NURFATIHAH NORMAN
NUR FATIN AMIRA MOHAMAD YOSRI
NUR KAMILAH MOHD AZNAN
NUR UMIRA MOHD YATIM
SAMSIAH MAPIK
SITI HAJAR YUSOF

**** pelajar yang mendapat 4A 1B seramai 10 orang kesemuanya ****
Seterusnya »

SENARA! GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT

MOHAMED B JUSOH
01/01/84
GHAZALI B SALLEH
16/02/86
RAMLAN B RAMLI
16/10/87
ABD GAHNI B ABU BAKAR
21/2/88
WAN AZIZ B ALI
24/07/90
WAN ABDULLAH B NIK
02/02/94
KHATIJAH BT SULAIMAN
17/12/95
MD YAAKUB B HUSAIN
01/04/97
NORDIN B ABU HASSAN
31/12/97
AHMAD SOFIAN B HJ.ABD.RAHMAN
01/12/98
HJ OTHMAN B YUSOF
16/07/2000
HARIS B ENDOT
01/10/2001
RANI B AWANG
17/10/2002 STILL NOW
Seterusnya »

Khamis, 27 Ogos 2009

PERCAPAIAN MTQ 2007

PERINGKAT PKG KEMASEK

BERCERITA LELAKI : JOHAN ( M.NAZMI BIN MOKHAT )

BERCERITA PEREMPUAN : JOHAN ( NORADIBAH BT ISMAIL )

HAFAZAN LELAKI : KE 3 ( M.AMIRUL BIN SHAFI )

TILAWAH LELAKI : JOHAN ( W.MD.FIRDAUS )

NASYID : KE 4

PERINGKAT DAERAH

BERCERITA LELAKI : NAIB JOHAN ( M.NAZMI BIN MOKHAT )
Seterusnya »

KEJOHANAN PINGPONG MSSM TERENGGANU 2009

PENGURUS : MAZLAN BIN AWANG

JURULATIH : MAZLAN BIN AWANG
MUHAMMAD FAIZ BIN YUSOF


PENCAPAIAN

A)PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 02-03/02/2009

PERSEORANGAN LELAKI :

JOHAN : MOHD ASRAF BIN MAZLAN

KETIGA : MOHD FAKRU AIMAN BIN MAZLAN

B) PERINGKAT NEGERI

Tarikh : 12-14/02/2009

PERSEORANGAN

Suku akhir : MOHD ASRAF BIN MAZLAN
Pusingan pertama : MOHD FAKHRU AIMAN BIN MAZLAN

BEREGU LELAKI

Suku akhir :MOHD ASRAF BIN MAZLAN
Seterusnya »

KEJAYAAN DI MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2009















PENCAPAIAN :

A) PERINGKAT PKG KEMASEK


Tarikh : 23/02/2009

Tempat : SK SERI BANDI II

Bercerita Lelaki : Johan ( Mohd Asraf bin Mazlan )

Bercerita Perempuan : Johan ( Samsiah bt Mapek )


B) PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 28/03/2009

Tempat : SK SERI GELIGA

Bercerita Lelaki : Johan( Mohd Asraf bin Mazlan )

Bercerita Perempuan : Johan ( Samsiah bt Mapek )


C) PERINGKAT NEGERI

Tarikh : 24-25/04/2009

Tempat : SMK LEMBAH BIDONG,SETIU

Bercerita Lelaki : Johan ( Mohd Asraf bin Mazlan )

Bercerita Perempuan : Ke 3 ( Samsiah bt Mapek )





D) PERINGKAT KEBANGSAAN



Tarikh : 06/2009



Tempat : Perak



Bercerita Lelaki : ke 4 ( Asraf bin Mazlan )








* Adik Mohd Asraf juga telah terpilih merupakan pelajar terbaik KAFA yang mewakili TERENGGANU ke PERINGKAT KEBANGSAAN...








Seterusnya »

PIAGAM PELANGGAN SKSB

KAMI GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANDI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK ,PENUH KEMESRAAN DAN PENYAYANG,ADIL DAN SAKSAMA KEPADA SEMUA MURID SEBAGAIMANA BERIKUT :-

1 - Sentiasa memahami dan berusaha dalam menangani masalah dalam pembelajaran secepat mungkin.
2- Sentiasa memberi maklumat tertentu yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
3- Memastikan pelajar mendapat pembelajaran sepenuhnya dari wal tahun persekolahan.
4- Sentiasa menyediakan kemudahan asas seperti bahan-bahan untuk mengajar dan bahan-bahan pembelajaran secukupnya.
5- Sentiasa mempertingkatkan taraf displin,kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah.
Seterusnya »

MISI SKSB

Bahawa sesungguhnya kami warga SKSB akan merealisasikan Wawasan sekolah kami yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara :

*Pengalaman semangat permuafakatan dan berpasukan yang kental dan mantap dalam iklim yang sihat.

*Menambah baik sahsiah kendiri dan ketakwaan melalui refomasi bagi mewujudkan insan yang soleh dan solehah.

*Memperolehi pencapaian lompatan saujana yang berkualiti melalui volume kerja tinggi dalm suasana harmonis.
Seterusnya »

Rabu, 26 Ogos 2009

LATAR BELAKANG SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Seri Bandi adalah sekolah yang terletak di luar bandar.Sekolah satu sesi ini mempunyai pelajar seramai 518 orang.Mereka tinggal berhampiran dengan sekoalh dan jarak yang paling jauh ialah 4 km.

Lokasi sekolah ini ialah lebih kurang 30 km dari pinggir Laut China Selatan.Keadaan tanah yang berbukit bukau serdahana tinggi mempunyai dataran yang rata dan tanah berpaya.Kedudukan penempatannya 35 km dari bandar Chukai dan terletak di km 173 Jalan Bandar Raya Kuala Terengganu ke Kemaman.Bilangan penduduk lebih kurang 2000 orang yang berbangsa Melayu dan telah mendiami kawasan ini semenjak 1972 lagi.Purata isi rumah setiap keluarga ialah 7 orang.Kawasan penempatan ini merupakan kawasan kelapa sawit.Selain daripada itu sebahagian besar kawasan ini adalah milik Ladang Ketengah yang merupakan kawasan penanaman kelapa sawit.




















Murid-murid disekolah ini mempunyai sosio -ekonomi yang rendah.905 daripada ibu bapa dan penjaga adalah terdiri daripada buruh ladang dan peneroka felcra disamping melakukan pekerjaan sendiri seperti petani dan bertukang.Hanya 10% yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.Pendapatan mereka secara purata ialah RM 500 sebulan.

Seterusnya »

Ahad, 23 Ogos 2009

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW 2007

SEPAK TAKRAW

Sekali lagi tahun 2007 ini pelajar SK.SERI BANDI berjaya menempah nama dalam bidang sukan SEPAK TAKRAW ini.Para pelajar telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang telah di lakukan oleh mereka.SYABAS WARGA SKSB...USAHA TANGGA KEJAYAAN.
Antara kejayaan mereka ialah :
  1. PKG KEMASEK
Seterusnya »

PENCAPAIAN SK SERI BANDI SEPAK TAKRAW 2006

SEPAK TAKRAW
Pelajar sekolah ini telah berjaya menempah nama dalam sukan ini dengan berjaya memasuki peringkat:
  1. PKG KEMASEK (JOHAN & NAIB JOHAN)
  2. MSS KEMAMAN (JOHAN & NAIB JOHAN )
  3. MSS TERENGGANU ( JOHAN )
  4. MSS MALAYSIA ( TEMPAT KE 3)
  5. KARNIVAL BAWAH 11 THN PERINGKAT NEGERI ( JOHAN )
Seterusnya »

Selasa, 18 Ogos 2009

BILIK BOSS...











Seterusnya »

OBJEKTIF PIAGAM SEKOLAH


  • Berusaha mempertingkatkan prestasi kurikulum murid dari segi kualiti dan kuantiti. 
  • Menanam sikap cinta dan menghargai sekolah dan alam sekitarnya
  • Membentuk budaya belajar sepanjang hayat kepada murid
  • Membina murid yang tahu mengurus diri sendiri
  • Melahirkan murid yang positif, maju diri, berdisiplin, bersopan santun, mempunyai keyakinan diri dan sanggup menghadapi cabaran, sihat dari segi mental dan fizikal, tahu menghormati ibubapa, guru, rakan sejawat dan masyarakat.
Seterusnya »

MISI SEKOLAH SERI BANDI


Bahawa sesungguhnya kami di Sek. Keb. Seri Bandi, akan merealisasikan Wawasan Sekolah Kami yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara :



Pengalaman semangat permuafakatan dan berpasukan yang kental dan mantap dalam iklim yang sihat. Menambahbaik sahsiah kendiri dan ketakwaan melalui reformasi bagi mewujudkan insan yang soleh. Memperolehi pencapaian lompatan saujana yang berkualiti melalui volume kerja tinggi dalam suasana harmonis.

Seterusnya »