Rabu, 11 Julai 2012





MAJLIS PERPISAHAN GPK KO-KURIKULUM
PN SAUDAH BT CHE MUDA...
BERTUKAR KE SK.BUKIT KUANG MENJADI PK PETANG.

SALAM PERPISAHAN....
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,sudah menjadi lumrah manusia.Walaupun pahit namun tetap kami terima dengan redha,semoga pertukaran ini dapat memberi semangat baru kepada Pn.Saudah Bt Che Muda atau lebih dikenali Kak Dah dalam menjalankan tugas beliau.Segala jasa dan kerjasama Kak dah berikan amat berjasa kepada sekolah dan kami pihak sekolah dalam arena sukan.Kak Dah ini seorang yang pendiam tapi " Diam -diam  ubi berisi" tidak bermakna diam itu tanda boleh membuat kerja suka hati pula.Dalam kerja Kak Dah memang seorang yang tegas dan teliti.Setiap kerja kena kemas dan kelihatan kemas selalu.Tapi bila luar dari kerja kak Dah ini boleh di bawa bergurau tau...Tidaklah serius mana pun.Cuma kerja hendaklah kemas dan tepat masa.Apapun jasa Kak Dah amat bererti bagi kami.









  

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DITEMPAT BARU "