Khamis, 18 November 2010
Rabu, 17 November 2010
MAJLIS PERSARAAN TUAN RANI BIN AWANG
Pada 16 November 2010,Isnin.Warga SKSB telah mengadakan satu majlis yang gilang gemilang bagi memperingati segala jasa-jasa Tuan Rani Bin Awang selaku guru besar di SKSB.Dengan persaraan beliau amat bermakna dan mendukacitakan namun kami sebagai warga SKSB menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun terlalu berat untuk kami melepaskan pemergian beliau dari SKSB ini.Beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada 24 November 2010 nanti.Majlis itu berlansung dengan jaya sekali,dengan kehadiran jemputan-jemputan terhormat.Pada hari itu,beliau telah diperlakukan sebagai seorang raja dengan berbaju pengantin yang berwarna kuning keemasan dan diarak seluruh sekolah dengan dikelilingi pelajar-pelajar SKSB.Selain itu juga,kami telah dihidangkan Nasi Briyani di buat oleh mak ngah kantin...best sgt2 rugi siapa tidak hadir tau...pada hari itu juga kami dihidangkan dengan sebuah syair yang indah lagi syahdu oelh penyair terbaik sekolah mahupun kebangsaan tiada org lain lagi melainkan Ustaz Mazlan b.Awang @ lebih dikenali ustaz Lang. menyentuh hati r bak kate org...best sangat...ha' tidak lupa juga dengan gimik yang dilakonkan oleh pasangan anak beranak cikgu SKSB ini tau...siap jadi James Bond lagi..idea kreatif ini pula dilahirkan oleh cikgu Azam kita..semua penonton terpegun melihat gimik untuk pelancaran BUKU RENCAH SKSB 2010..erm acara terakhir pula acara pembahagian cenderahati daripada wakil pekerja swsta,pengawal keselamatan,wakil dari kelas2 pelajar,kakitangan pejabat,Pra sekolah,wakil dari Panitia-panitia dan wakil individu....kalau diikutkan memang majlis ini amat meriah dan sangat menarik perhatian...SYABAS kepada Smua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR KE MAJLIS KAMI DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT...SEGALA KELEMAHAN ADALAH DARI PIHAK KAMI...SALAM SATU MALAYSIA..KAMI SAYANG CIKGU RANI...SEMOGA SEGALA KENANGAN SENTIASA TERPAHAT DIHATI CIKGU .
Seterusnya »
Rabu, 1 September 2010
Bercerita Maulidur Rasul Anjuran Kerajaan Negeri
Pada Febuari yang lalu,sekolah kita telah dipilih oleh Pejabat Daerah Kemaman (PPD)untuk menyertai pertandingan bercerita sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Terengganu yang diadakan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.Alhamdullilah SK.Seri Bandi sekali lagi telah mengharumkan nama Daerah Kemaman dengan mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu adik Mohd Fakhrul Aiman bin Mazlan telah merangkul JOHAN,hadiah telah disampaikan pada 12 Rabiul Awal bersamaan pada 26 Febuari di Stadium Negeri Terengganu.Lebih menggembirakan lagi kemenangan adik Fakhrul Aiman ini telah dijemput khas untuk rakaman Bintang Kecil melalui Radio Terengganu FM.Tahniah kepada adik Mohd Aiman b Mazlan..
Seterusnya »
Majlis Ambang Merdeka....
Pada 30 Ogos 2010,Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti sempena menyambut ambang kemerdekaan yang ke-53.Walaupun sambutan ini jatuh pada bulan Ramadhan namun semangat menebal masih wujud di jiwa seluruh warga sekolah.Pelbagai acara telah diadakan pada sambutan kali ini.Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.Sempena sambutan ini juga,pelbagai pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan mewarna bagi Tahap 1,Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2,Pertandingan Kenali Tokoh,Kuiz kemerdekaan dan Pertandingan Menghias kelas.Para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk menyumbangkan bakat mereka.Alhamdullilah Majlis itu berjalan dengan lancar sekali...
Seterusnya »
Khamis, 26 Ogos 2010
Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat
Majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara ibubapa dan guru,selin itu juga untuk mendapat rahmat dari ilahi untuk memudahkan calon-calon UPSR menghadapi perperiksaan nya nanti.Majlis ini telah diadakan di kantin SKSB dengan bantuan guru-guru dan kakitangan sekolah,selain itu para ibu bapa pun turut menjayakan majlis berbuka pusa tersebut.Setelah selesai menjamu selera,para jemputan bersedia untuk salat terawih bersama-sama dengan solat hajat bagi memudahkan calon2 UPSR menghadapi cabaran mereka itu.insya'allah...
Seterusnya »
Langgan:
Catatan (Atom)