Rabu, 1 September 2010

Majlis Ambang Merdeka....

Pada 30 Ogos 2010,Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti sempena menyambut ambang kemerdekaan yang ke-53.Walaupun sambutan ini jatuh pada bulan Ramadhan namun semangat menebal masih wujud di jiwa seluruh warga sekolah.Pelbagai acara telah diadakan pada sambutan kali ini.Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.Sempena sambutan ini juga,pelbagai pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan mewarna bagi Tahap 1,Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2,Pertandingan Kenali Tokoh,Kuiz kemerdekaan dan Pertandingan Menghias kelas.Para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk menyumbangkan bakat mereka.Alhamdullilah Majlis itu berjalan dengan lancar sekali...