Rabu, 1 September 2010

Bercerita Maulidur Rasul Anjuran Kerajaan Negeri

Pada Febuari yang lalu,sekolah kita telah dipilih oleh Pejabat Daerah Kemaman (PPD)untuk menyertai pertandingan bercerita sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Terengganu yang diadakan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.Alhamdullilah SK.Seri Bandi sekali lagi telah mengharumkan nama Daerah Kemaman dengan mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu adik Mohd Fakhrul Aiman bin Mazlan telah merangkul JOHAN,hadiah telah disampaikan pada 12 Rabiul Awal bersamaan pada 26 Febuari di Stadium Negeri Terengganu.Lebih menggembirakan lagi kemenangan adik Fakhrul Aiman ini telah dijemput khas untuk rakaman Bintang Kecil melalui Radio Terengganu FM.Tahniah kepada adik Mohd Aiman b Mazlan..