Rabu, 26 Ogos 2009

LATAR BELAKANG SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Seri Bandi adalah sekolah yang terletak di luar bandar.Sekolah satu sesi ini mempunyai pelajar seramai 518 orang.Mereka tinggal berhampiran dengan sekoalh dan jarak yang paling jauh ialah 4 km.

Lokasi sekolah ini ialah lebih kurang 30 km dari pinggir Laut China Selatan.Keadaan tanah yang berbukit bukau serdahana tinggi mempunyai dataran yang rata dan tanah berpaya.Kedudukan penempatannya 35 km dari bandar Chukai dan terletak di km 173 Jalan Bandar Raya Kuala Terengganu ke Kemaman.Bilangan penduduk lebih kurang 2000 orang yang berbangsa Melayu dan telah mendiami kawasan ini semenjak 1972 lagi.Purata isi rumah setiap keluarga ialah 7 orang.Kawasan penempatan ini merupakan kawasan kelapa sawit.Selain daripada itu sebahagian besar kawasan ini adalah milik Ladang Ketengah yang merupakan kawasan penanaman kelapa sawit.




















Murid-murid disekolah ini mempunyai sosio -ekonomi yang rendah.905 daripada ibu bapa dan penjaga adalah terdiri daripada buruh ladang dan peneroka felcra disamping melakukan pekerjaan sendiri seperti petani dan bertukang.Hanya 10% yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.Pendapatan mereka secara purata ialah RM 500 sebulan.