Selasa, 15 Disember 2009

KARNIVAL PRA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU





Pada 8 Oct 2009 Kemaman telah menjadi tuan rumah bagi satu pertandingan Pra Peringkat Negeri Terengganu.Pertandingan ini melibatakan pelajar -pelajar yang berumur 5-6tahun,pertandingan ini telah berjaya dilangsungkan Di Sekolah Pusat Kemaman selama satu hari.Pertandingan ini dapat dilaksanakna dengan jayanya disebabkan mendapat sambutan daripada ibubapa dan kawasan setempat.Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Tarian & Nyanyian,Tarian,Bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris,Membuat Istana Pasir dan lain-lain.SK.SERI BANDI telah menghantar wakil bagi pertandingan Tarian,dengan berkat usaha dan tunjuk ajar cikgu pra,pembantu pra dan tidak lupa guru tarian sksb cikgu Rosdi sekolah kami telah menjadi johan dari 5 kumpulan yang di pertandingkan.Dengan tidak disangka tarian cilik itu dapat menarik perhatian pengadil.Selain itu SKSB juga telah diberikan tanggungjawab besar untuk menjadi penjaga statistik markah,antara yang terlibat dalam statistik markah ialah cikgu Che Wan Izudin,cikgu Fatimi,cikgu Suhaila dan cik Norizwanie(eio sksb).Tidak lupa juga SKSb diberikan tugas untuk menguruskan semua pendaftaran peserta mengikut acara masing-masing.Antara guru-guru yang terlibat pula ialah cikgu Che Wan Izudin,cikgu Azli,cikgu Raja Abdul Hadi,Cikgu Rosdi,ustaz Zulkhairi,cikgu Fatimi,cikgu Suhaila,cikgu Zuriati,cik Norizwanie (EIO),Cikgu Kamariah(PK HEM),cikgu Saudah(PK KO) dan Cikgu Rani(GURU BESAR).Alhamdullilah majlis itu berjalan dengan lancar dan SKSB telah meraih kemenangan walaupun hanya menyertaia satu acara sahaja.
bak kata orang dahulu kala " MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG NYA " oleh itu jangan lah kita meremehkan bakat yang ada pada sicilik.