Khamis, 16 Disember 2010

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR

PERHATIAN KEPADA GURU-GURU DAN IBUBAPA PELAJAR DI SK.SERIBANDI.BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH YANG DITETAPKAN UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA.HARAP MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEPATUTNYA..TERIMA KASIH.

1- 28/12/2010 ( 8.30 am ) - Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Mesyuarat JKS.( untuk guru-guru)

2 - 29/12/2010 ( 8.30 am ) - Mesyuarat Jawatankuasa HEM & Mesyuarat Jawatankuasa KOKO

3 - 30/12/2010 (8.30 am ) - Pendaftaran Pelajar (tahun 1 -6)

4- 2/1/2010 ( 1.20 p.m ) - Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran
* BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS ( 2/1/2011 - 1.20 PM)
* MATEMATIK , SAINS & PENDIDIKAN ISLAM( 3/1/2011 - 1.20 PM)
* PENDIDIKAN JASMANI , SIVIK & JQAF ( 4/1/2011 - 1.20 PM)
* KAJIAN TEMPATAN & PENDIDIKAN SENI ( 5/1/2011 - 1.20 PM)
* KEMAHIRAN HIDUP & MUZIK ( 6/1/2011 - 1.20 PM)


** MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG ** ** BERKHIDMAT UNTUK NEGARA**
Seterusnya »

Isnin, 6 Disember 2010





" SALAM MAAL HIJRAH DARIPADA WARGA SK.SERI BANDI "
" MARTABATKAN ISLAM UNTUK SEMUA "
" DARIPADA'NYA KITA HADIR KEPADA'NYA KITA PULANG.."
Seterusnya »

ASYURA ,10 MUHARRAM

"Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa."

Puasa Asyura’

Sebahagian umat Islam di Malaysia mungkin lebih mengenali bubur asyura dari puasa Asyura’. Di Malaysia juga mungkin lebih masyhur cerita bahawa Nabi Nuh a.s. dan beberapa orang beriman sesudah diselamatkan oleh Allah dari banjir besar, mencampurkan semua makanan yang ada pada mereka (ada yang menambah; dengan daun-daun dan dahan-dahan kayu) lalu mereka memasak bubur asyura. Konon untuk menghidupkan sunnah tersebut, maka masyarakat kita mengamalkan memasak bubur asyura pada waktu-waktu tertentu (tapi tanpa daun dan dahan kayu).

Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat yang sahih berlaku pada 10 Muharram; kematian Firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a. pada Jumaat 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala’. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Tetapi sunat berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura) hanya berkait dengan peristiwa kemusnahan Firaun sahaja dan tidak ada sebarang kaitan dengan pembunuhan Husain r.a. di Karbala’. Syiah memperingatinya setiap tahun dan melakukan amalan-amalan bid’ah sempena tarikh tersebut. Tetapi ajaran sunnah yang sebenarnya adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari buruan Firaun tanpa dikaitkan sedikit pun dengan peristiwa pembunuha Husain r.a.

Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad:

“Puasa Aasyura ada tiga darjat:

Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.

Berpuasa 10 Muharram sahaja.”

Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

Puasa Asyura’ adalah di antara puasa-puasa yang afdhal. Ada ulama’ yang berpendapat bahawa sebelum para sahabat r.a. diwajibkan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan, mereka telah diwajibkan terlebih dahulu berpuasa pada 10 Muharram. Mereka juga membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa pada hari Asyura’.

Bukhari meriwayatkan dari ar-Rabi’ binti Muawwidz r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke perkampungan Ansar pada hari Asyura’ dan bersabda: “Sesiapa yang telah makan pada hari ini, jangan lagi makan sehingga habis siang hari ini. Sesiapa yang berpuasa, teruskan berpuasa.” Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Kami berpuasa pada hari itu dan menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami mereka untuk mereka permainan. Apabila ada yang menangis meminta makanan, kami akan lekakan dia dengan permainan itu sehingga berbuka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobroni: “Tidak ada hari yang afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura’.”

Kemusnahan Firaun

Firaun musnah pada hari itu. Dia adalah insan yang diabadikan kisahnya di dalam banyak ayat di dalam al-Quran dan dijanjikan oleh Allah akan diselamatkan jasadnya. Allah berfirman:

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

Di Mesir ada satu muzium khas menyimpan khazanah dinasti Firaun yang dikeluarkan dari piramid-piramid dan kuil-kuil Firaun. Di dalam muzium tersebut ada ruang khas ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Masuk muzium tu kena bayar. Masuk ruang khas tersebut kena bayaran lain. Di dalam ruang khas tersebut ada lebih kurang 9 mumia yang diambil dari piramid-piramid. Salah satunya Ramses II atau Ra’mases II. Dipercayai itulah Firaun yang memburu Nabi Musa a.s. ketika beliau a.s. membawa keluar 60,000 Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kemudian mati tenggelam di Laut Merah. Lihatlah gambar di atas. Menakjubkan. Di antara 9 mumia tersebut, dialah yang paling sempurna.

Saya tiba di Mesir pada awal 1991 tetapi kali pertama pergi ke Dataran Piramid Giza pada musim panas 1993. Itu pun bukan kerana ingin melihat piramid tetapi kerana nak naik kuda. Tidak ada tarikan untuk ke piramid. Tetapi saya masuk ke ruang ‘The Royal Mummies’ sebanyak dua kali sepanjang saya belajar di Mesir. Pada tahun 2004, semasa saya dan keluarga menziarahi Mesir semula, saya ajak isteri lagi sekali ke muzium.Tarikannya kuat; nak ‘jumpa’ Ramses II. Memang menarik. Rambutnya masih ada. Raut mukanya nampak sempurna. Telinga dia. Hidung dia. Saya pergi tengok dekat-dekat jari dia; masih ada jalur-jalur. Semuanya nampak hebat. Ini janji Allah. “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)….”

Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir. Semua Firaun mengaku diri mereka tuhan. Tetapi Ramses II tidak begitu. Dia mendakwa dirinya ‘akulah tuhanmu yang paling agung’ (An-Naziaat: 24). Dia juga berkata kepada kaumnya ‘Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku yang saya sendiri tidak pasti sumbernya; Ramses II adalah seorang lelaki yang cukup sempurna. Tampan bergaya. Gagah perkasa. Kaya raya. Ada karisma. Mampu menakutkan musuhnya. Sihat wal afiat. Tidak pernah demam. Tidak pernah bersin. Dia dan Firaun yang mengambil Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat; ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah orang yang sama dan ada yang mengatakan mereka adalah dua orang yang berbeza. Tapi zalim yang tidak ada had. Kesudahannya hanya seperti dalam gambar di atas.

Ketika Bani Israel buntu, tidak jumpa cara untuk keluar dari penindasan Firaun, Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan cara yang cukup menakjubkan. Firaun memelihara orang yang akan mengalahkannya di dalam istananya sendiri. Ketika diburu dan terperangkap di pantai Laut Merah, sekali lagi Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan membelah Laut Merah. Selain dari itu banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pertembungan Nabi Musa a.s. dan Firaun. Ini semua adalah kisah-kisah yang sepatutnya kita kenang kembali di hari 10 Muharram.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” (Al-Qosos: 5-8)

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa Asyura’ dan mengambil iktibar dari kisah Musa a.s. dan Firaun.
Seterusnya »

GAMBAR KENANGAN MAJLIS PERSARAAN "EN RANI BIN AWANG "

Seterusnya »

Khamis, 18 November 2010

GAMBAR MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR





Seterusnya »

Rabu, 17 November 2010

MAJLIS PERSARAAN TUAN RANI BIN AWANG

Pada 16 November 2010,Isnin.Warga SKSB telah mengadakan satu majlis yang gilang gemilang bagi memperingati segala jasa-jasa Tuan Rani Bin Awang selaku guru besar di SKSB.Dengan persaraan beliau amat bermakna dan mendukacitakan namun kami sebagai warga SKSB menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun terlalu berat untuk kami melepaskan pemergian beliau dari SKSB ini.Beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada 24 November 2010 nanti.Majlis itu berlansung dengan jaya sekali,dengan kehadiran jemputan-jemputan terhormat.Pada hari itu,beliau telah diperlakukan sebagai seorang raja dengan berbaju pengantin yang berwarna kuning keemasan dan diarak seluruh sekolah dengan dikelilingi pelajar-pelajar SKSB.Selain itu juga,kami telah dihidangkan Nasi Briyani di buat oleh mak ngah kantin...best sgt2 rugi siapa tidak hadir tau...pada hari itu juga kami dihidangkan dengan sebuah syair yang indah lagi syahdu oelh penyair terbaik sekolah mahupun kebangsaan tiada org lain lagi melainkan Ustaz Mazlan b.Awang @ lebih dikenali ustaz Lang. menyentuh hati r bak kate org...best sangat...ha' tidak lupa juga dengan gimik yang dilakonkan oleh pasangan anak beranak cikgu SKSB ini tau...siap jadi James Bond lagi..idea kreatif ini pula dilahirkan oleh cikgu Azam kita..semua penonton terpegun melihat gimik untuk pelancaran BUKU RENCAH SKSB 2010..erm acara terakhir pula acara pembahagian cenderahati daripada wakil pekerja swsta,pengawal keselamatan,wakil dari kelas2 pelajar,kakitangan pejabat,Pra sekolah,wakil dari Panitia-panitia dan wakil individu....kalau diikutkan memang majlis ini amat meriah dan sangat menarik perhatian...SYABAS kepada Smua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR KE MAJLIS KAMI DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT...SEGALA KELEMAHAN ADALAH DARI PIHAK KAMI...SALAM SATU MALAYSIA..KAMI SAYANG CIKGU RANI...SEMOGA SEGALA KENANGAN SENTIASA TERPAHAT DIHATI CIKGU .
Seterusnya »

Rabu, 1 September 2010

Bercerita Maulidur Rasul Anjuran Kerajaan Negeri

Pada Febuari yang lalu,sekolah kita telah dipilih oleh Pejabat Daerah Kemaman (PPD)untuk menyertai pertandingan bercerita sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Terengganu yang diadakan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.Alhamdullilah SK.Seri Bandi sekali lagi telah mengharumkan nama Daerah Kemaman dengan mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu adik Mohd Fakhrul Aiman bin Mazlan telah merangkul JOHAN,hadiah telah disampaikan pada 12 Rabiul Awal bersamaan pada 26 Febuari di Stadium Negeri Terengganu.Lebih menggembirakan lagi kemenangan adik Fakhrul Aiman ini telah dijemput khas untuk rakaman Bintang Kecil melalui Radio Terengganu FM.Tahniah kepada adik Mohd Aiman b Mazlan..
Seterusnya »

Majlis Ambang Merdeka....

Pada 30 Ogos 2010,Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti sempena menyambut ambang kemerdekaan yang ke-53.Walaupun sambutan ini jatuh pada bulan Ramadhan namun semangat menebal masih wujud di jiwa seluruh warga sekolah.Pelbagai acara telah diadakan pada sambutan kali ini.Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.Sempena sambutan ini juga,pelbagai pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan mewarna bagi Tahap 1,Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2,Pertandingan Kenali Tokoh,Kuiz kemerdekaan dan Pertandingan Menghias kelas.Para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk menyumbangkan bakat mereka.Alhamdullilah Majlis itu berjalan dengan lancar sekali...
Seterusnya »

Khamis, 26 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat

Majlis ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara ibubapa dan guru,selin itu juga untuk mendapat rahmat dari ilahi untuk memudahkan calon-calon UPSR menghadapi perperiksaan nya nanti.Majlis ini telah diadakan di kantin SKSB dengan bantuan guru-guru dan kakitangan sekolah,selain itu para ibu bapa pun turut menjayakan majlis berbuka pusa tersebut.Setelah selesai menjamu selera,para jemputan bersedia untuk salat terawih bersama-sama dengan solat hajat bagi memudahkan calon2 UPSR menghadapi cabaran mereka itu.insya'allah...
Seterusnya »

Rabu, 25 Ogos 2010

FAMILY DAY 2010

Seterusnya »

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Seterusnya »

Isnin, 15 Mac 2010

Gambar Hari Keluarga'2009 ( Lesnari Beach Resort )

Seterusnya »

HARI KELUARGA SKSB'09



Pada tahun lepas pihak MGK sekolah telah menganjurkan stu majlis HARI KELUARGA SKSB DI LESNAREE BEACH RESORT DI KUANTAN...disana pihak guru dan kakitangan sekolah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.Terdapat byk aktiviti yang dilaksanakn,antaranya SUKANEKA antara guru & pekerja,PERTANDINGAN BINA ISTANA PASIR,ISI AIR DALAM BOTOL,DINNER dan yang paling best adegan mandi kolam...hehehhe.best tau rugi siapa tak join sekali..semoga hubungan kekeluargaan sekolah ini berterusan tanpa ada hasad dengki..amin..
Seterusnya »

Isnin, 8 Februari 2010

SKSB vs SKSB2 ~ Bola Jaring



Perlawanan persahabatan bola jaring antara SKSB dengan SKSB2 yang telah diadakan pada 4 Febuari 2010.Perlawanan ini diadakan semata-mata hendak melatih pelajar-pelajar cara bermain dengan betul.
Walaupun ianya hanya latihan,namun para pelajar nampak bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan itu.
Dengan kesungguhan jurulatih bola jaring SKSB & SKSB2 telah menentukan perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri iaitu 9-9.
Apa pun syabas diucapkan,MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH.
Seterusnya »

Ahad, 7 Februari 2010

GAMBAR MAJLIS ANUGERAH UPSR'09

Seterusnya »

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR'09

guru besar menyampaikan sumbangan kpd pelajar


pelajar-pelajar sksb yg berjaya dalam UPSR '09.

Pada 4 Febuari 2010 yang lalu pihak SKBS telah bersepakat mengadakan satu majlis bagi mengenang jasa pelajar-pelajar yg telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009 yang lepas. TAHNIAH!!! Diucapkan kepada semua pelajar kerana telah menaikkan nama SKSB.Dalam majlis tersebut dimana Syarikat Kerteh Terminal sebagai Bapa Angkat kepada SKSB banyak membantu dan menyumbang dari segi kewangan,kelas intensif bagi pelajar sekolah ini.Pihak mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh Terminal yang hadir pada majlis tersebut.Dan semoga tahun-tahun yang akan datang dapat diteruskan lagi.

Selain itu pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Dan Guru(PIBG) SKSB,Pekerja-pekerja Swasta SKSB serta semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung kerana telah menjayakan majlis tersebut.

SENARAI PENERIMA CEMERLANG UPSR'09

  1. MUHAMMAD ZAMRI BIN UMAR
  2. MUHD IZZUDIN ZHARIF BIN NOR SAERAN
  3. NOR SHUHADA BINTI ABU BAKAR
  4. NUR FATIHAH BINTI NORMAN
  5. NUR FATIN AMIRA BINTI MOHAMED YUSRI
  6. NUR KAMILAH BINTI MOHAMAD AZNAN
  7. NUR AMIRA BINTI MOHD YATIM
  8. SAMSIAH BINTI MAPIK
  9. SITI HAJAR YUSOF
  10. MOHD AQIL HELMI BIN AZEMAN
  11. MUHAMMAD FARUQ BIN SUBKI
  12. MUHAMAD SAFWAN BIN TOBRANI
  13. MUHAMMAD AFIEQ BIN AHMAD FAUZI
  14. NORAINIE BINTI HANAFE
  15. NURUL AKILAH BINTI MOHD SABRI
  16. SALEHUDDIN BIN AMAQ SU
  17. SITI NABILAH BINTI MOHAMMAD
  18. SITI KHADIJAH BINTI ISHAK
  19. ZALEHA BINTI ABDULLAH

Seterusnya »

Selasa, 2 Februari 2010

galeri sksb

Seterusnya »

Ahad, 17 Januari 2010

MAJLIS AS~SYURA PERINGKAT DUN KIJAL





Pada 15 Januari 2010 ,Satu Majlis Sambutan AS-SYURA peringkat Dun Kijal anjuran Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said telah diadakan sempena merahmati bulan awalmuharram.Majlis ini telah diadakan di Masjid Bandar Seri Bandi,acara ini berlangsung dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.00.
Di kesempatan itu juga warga SKSB tidak melepaskan peluang untuk menyertai majlis tersebut.Majlis itu berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali kerana semua kakitangan sekolah dan cikgu2 tidak melepaskan peluang untuk bergotong royong menyiapkan syura masing-masing.Selain warga SKSB terdapat juga beberapa penyertaan daripada yang lain antaranya SKSB II, SMK.SERI BANDI ,Meraga Beris,Batu 9,Payoh,Kijal,JKKK Seribandi dan lain-lain lagi.
Tepat jam 10.00 majlis ini telah dikejutkan Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said telah bersama-sama turun padang bagi menyerikan majlis itu.Bersama itu juga Menteri Besar Terengganu telah menyampaikan Hampers dan medal kepada para peserta untuk kenangan.
Tidak cukup dengan itu Menteri Besar Terengganu telah sama-sama mengacau Syura di majlis itu.Saya sebagai rakyat Terengganu amat berbesar hati mempunyai Menteri Besar yang berjiwa rakyat kerana walaupun beliau seorang yang sangat dihormati namun beliau tidak berasa janggal untuk beramah mesra dan mempunyai perwatakan yang penyayang dengan rakyat beliau.
Semoga segala jasa yang telah dicurahkan mendapat rahmat dari Allah s.wt dan tidak disalah ertikan dari pihak yang lain..Amin..
Seterusnya »