Selasa, 17 Julai 2012







SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
DARI KAMI WARGA SK.SERI BANDI.......






Seterusnya »




CUTI SEMPENA SUKMA 2012..
AHAD : 22 JULAI 2012

TERIMA KASIH DATO' SERI AHMAD BIN SAID




Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan Ahad ini, 22 Julai 2012, sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan kontinjen negeri itu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, malam tadi.

Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pasukan itu di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB. Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Kira-kira 5,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu yang turut menyaksikan para atlit dan pegawai skuad Hanelang diarak di sekitar daerah itu bermula dari sempadan Terengganu-Pahang. 


Seterusnya »



TEMASYA SUKAN SKSB 2012

TARIKH : 27 JUN 2012 ( RABU )
TEMPAT : PADANG SK.SERI BANDI

Seperti tahun-tahun lepas,sekolah telah mengadakan temasya sukan untuk memberi semangat kesukanan kepada para murid sekolah.Oleh itu,pihak sekolah telah menyahut seruan kerajaan itu dengan jayanya telah mengadakan Temasya Sukan 2012.Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan bagi meningkatkan semangat para murid dalm saingan sukan.Antara rumah-rumah sukan itu adalah KUNING,MERAH,BIRU dan HIJAU.Masing-masing bersemangat sewaktu temasya dijalankan bagi merebut JUARA KESELURUHAN 2012.Ternyata rumah KUNING tetap mengungguli pada tahun ini dengan menjadi JUARA,diikuti pula dengan rumah MERAH,BIRU dan HIJAU.TAHNIAH KEPADA RUMAH KUNING.





Seterusnya »

Rabu, 11 Julai 2012





MAJLIS PERPISAHAN GPK KO-KURIKULUM
PN SAUDAH BT CHE MUDA...
BERTUKAR KE SK.BUKIT KUANG MENJADI PK PETANG.

SALAM PERPISAHAN....
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,sudah menjadi lumrah manusia.Walaupun pahit namun tetap kami terima dengan redha,semoga pertukaran ini dapat memberi semangat baru kepada Pn.Saudah Bt Che Muda atau lebih dikenali Kak Dah dalam menjalankan tugas beliau.Segala jasa dan kerjasama Kak dah berikan amat berjasa kepada sekolah dan kami pihak sekolah dalam arena sukan.Kak Dah ini seorang yang pendiam tapi " Diam -diam  ubi berisi" tidak bermakna diam itu tanda boleh membuat kerja suka hati pula.Dalam kerja Kak Dah memang seorang yang tegas dan teliti.Setiap kerja kena kemas dan kelihatan kemas selalu.Tapi bila luar dari kerja kak Dah ini boleh di bawa bergurau tau...Tidaklah serius mana pun.Cuma kerja hendaklah kemas dan tepat masa.Apapun jasa Kak Dah amat bererti bagi kami.









  

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DITEMPAT BARU "
Seterusnya »



SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
( MALAYSIA BOOK OF RECORDS )

Hari ini saja-saja layan aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dibuat serentak di seluruh Malaysia. Dah kena mestikan turut serta jadi mahu tak mahu terpaksa juga turun padang. Janji dah pijak rumput padang dah kira sahlah tu. Baru tahu yang senamrobik pagi tadi adalah yang terbesar pernah dibuat dan turut dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’. Disertai lebih kurang 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara.Di tempat kami, semua pelajar, guru dan staf sokongan ambil bahagian. Ditambah dengan beberapa orang pekerja swasta yang turut bagi sokongan, jadi ada jugalah lebih 500 orang yang menyertai senamrobik tadi.Part ni yang paling best. Selepas senamrobik budak-budak semua duduk berehat sambil minum air kotak 1Malaysia.Ada peluang tangkap gambar ramai-ramai macam ni bolehlah tumpang promosi. 















 hehhehe try cari mana satu GURU BESAR ......

























Okey, sedikit sebanyak siaplah laporan Senamrobik 1Murid1Sukan 1Malaysia dari SK.SERI BANDI.
" 1MURID 1SUKAN ,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA "
Seterusnya »