Ahad, 17 Januari 2010

MAJLIS AS~SYURA PERINGKAT DUN KIJAL





Pada 15 Januari 2010 ,Satu Majlis Sambutan AS-SYURA peringkat Dun Kijal anjuran Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said telah diadakan sempena merahmati bulan awalmuharram.Majlis ini telah diadakan di Masjid Bandar Seri Bandi,acara ini berlangsung dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.00.
Di kesempatan itu juga warga SKSB tidak melepaskan peluang untuk menyertai majlis tersebut.Majlis itu berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali kerana semua kakitangan sekolah dan cikgu2 tidak melepaskan peluang untuk bergotong royong menyiapkan syura masing-masing.Selain warga SKSB terdapat juga beberapa penyertaan daripada yang lain antaranya SKSB II, SMK.SERI BANDI ,Meraga Beris,Batu 9,Payoh,Kijal,JKKK Seribandi dan lain-lain lagi.
Tepat jam 10.00 majlis ini telah dikejutkan Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said telah bersama-sama turun padang bagi menyerikan majlis itu.Bersama itu juga Menteri Besar Terengganu telah menyampaikan Hampers dan medal kepada para peserta untuk kenangan.
Tidak cukup dengan itu Menteri Besar Terengganu telah sama-sama mengacau Syura di majlis itu.Saya sebagai rakyat Terengganu amat berbesar hati mempunyai Menteri Besar yang berjiwa rakyat kerana walaupun beliau seorang yang sangat dihormati namun beliau tidak berasa janggal untuk beramah mesra dan mempunyai perwatakan yang penyayang dengan rakyat beliau.
Semoga segala jasa yang telah dicurahkan mendapat rahmat dari Allah s.wt dan tidak disalah ertikan dari pihak yang lain..Amin..
Seterusnya »